Keikhlasan dalam hidup kita ini akan lebih indah jika di sulami kejujuran dari hati, tidak kira lah dalam apa jua keadaan , jika kita kata keikhlasan itu tak dapat dilihat... ya betul kerana keiklasan itu dapat di rasa, merasai lebih nikmat daripada melihat kerana melihat pada mata belum tentu ke hati, apabila kita merasa, ia akan smpai di hati, itulah hebatnya rasa, ideal untuk menulis tetang ikhlas ini dicetuskan oleh sahabat saya Iylia nur hanis, seorang sahabat, dan teman seperjuanggan saya di sekolah men, agama almadraah al alawiyah ad dinniah, sekolah yang banyak memberi pengajaran dan pengalaman kepada ku, pelbagai warna dapat ku coretkan di dalam hidup ini dengan kenagan di sekolah lamaku, kini smuannya sudah hilang kerana alam kami telah berubah, zaman sekolah menengan adalah zaman yang mencabar jiwa kami, dengan pelbagai dugaan di lalui, terasa di kongkong, terasa di cengkam jiwaini, tetapi ia sebenarnya dapat mendidik jiwa kami. walaupun begitu konsep ikhlas selalui kami tekankan, kerana dengan adanya ikhlas, kami dapat bertahan di situ dengn 1001 kengan,,, malu untuk menceritakan zaman kecil kami, tetapi nilah realitynya, hehe.....
ikhlas dalam bersahabat..
persahabatan adalah cara yang terbaik untuk kita uji tahap keikhlasan kita, kerana orang paling dekat dengan kita selepas mak ayah , adalah sahabat kita. kerana masa di sekolah adalah lebih lama daripada masa di rumah jadi tak mustahillah bagi orang-orang macam saya ini lebih dekat dengan sahabt daripada keluarga sendiri. kadang-kadang masalah mimpi pon kita ceritakan pada kawan kita kan? hehe.. bukan ape , sje je nak kongsi masa suka duka kita, kalau kita cerita pada keluarga kita, pasti mereka hanya mendengar tanpa sebarang respon yang positiv.. hehe klu dengan sahabat ni agak uniknya ia menjadi satu perbincangan , andai bercakap ketika berjalan ke kelas, pasti berbual tetang itu sehingga tak sedar kaki melangkah ke kelas,
pengalamanku dalam bersahabt dengan teman terbaik ku Iylia nur hanis selama 6 tahun di sekolah tersebut banyak memberi kenagan yang terindah buatku, saat gembira, saat kesedihan, dan saat kami merajuk , lawak kan zaman kanak-kanak. hehe tp yang paling unik cara kami memujuk antara satu sama lain adalah dengan menulis puisi atau kata-kata kepada sahabatku itu, hehe setiap surat yang pernah dia berikan padaku, aku akan menyimpannya di dalam kotak hadiahku, tetapi paling menyedihkan, kotak itu di bawak arus banjir huhu saya amat sedih. tetapi pasti Allah nak gantikan sesuatau yang lebih baik untuk sya. sepertimana firmannya"aku sepertimana sangkaan hambaku" huhu
ingat lagi ada seorang adik menyuarakan hasrat hatinya, katanya
"kakak. macam mn ye nak bina persahabtan macam akk dan kakak iylia? "
sya hanya mampu tersenyum, kerana x tahu apa yang mampu di katakan, tetapi cuma satu pesanku padanya,,..
"berkawan bukan pada rupa, bukan juga pada harta, tetapi berkawanlah kerana akhlaknya, "
semua oarang tahu peribahasa ni kan..."klu berkawan dengan tukang besi kita akan mendapat bahangnya, klu kita berkawan dengn tukan jual minyak, kita akan dapat la wanginya,... " apa lagi yang paling wangi dan cantik selain akhlak yang mulia??
"cantiknya seorang wanita bukan pada wajahnya, bukan juga pada pakainnya, tetapi cantiknya wanita pada akhlak dan adabnya...."

Jangan hanya berdoa apabila kesempitan...
Bagi seseorang yang suka berdoa di waktu senang, maka doanya akan mudah diperkenankan di waktu susah.Rasulullah saw telah bersanda yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.a yang bermaksud:
“Barangsiapa suka supaya dikabulkan doanya oleh Allah swt di waktu kesulitan dan kesusahan, maka hendaklah dia memperbanyakkan doa di waktu senang.”
(Hadis riwayat Tirmidzi)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan